Monday, December 12, 2011

Cheritera Hidup

Setiap hari kita bermula sebagai makhluk yang bersih dan suci serta tinggi tarafnya dari makhluk-makhluk lain Tuhan . Walau ada yang dilahirkan dari golongan yang sesat , SETIAP PENGALAMAN AKAN MEMBENTUK PERIBADI KITA . Persekitaran akan membentuk pemikiran kita . Sama ada menjadi baik atau sebaliknya .


" macam macam jenis manusia kat dunia ni , susah nak faham " .


Tiada siapa yang akan faham
itulah KEHIDUPAN
tiada yang akan sempurna#

Semakin hari semakin bersepah persoalan yang ada kat minda semua orang . 


" Kenapa ada orang suka merampas hak orang lain ? "
" Kenapa ada orang sanggup membunuh , menyiksa dan menghina ? "
" Kenapa ada orang sanggup menggadai maruah diri ? "

NO MONEY , NO LOVE

" Kenapa ada orang yang sanggup meng'TONG SAMPAH'kan zuriat sendiri ? "


Kalau nak cerita semua kisah manusia jahat , memang tak cukup satu buku . Aku pun bukan baik sangat nak cerita keburukan orang . Tapi persoalannya . apakah yang menyebabkan mereka menjadi begitu ?


" macam macam cerita dalam paper,
nak baca pun tak sanggup "




Adakah kerana kurangnya pendidikan sewaktu kecil ? "

" nak sekolah tapi ayah takde duit "

"Atau kurangnya perhatian daripada ibubapa yang sentiasa sibuk ?"

" dengar cerita mummy dan deddy you pergi oversea erk ? "
" ajak lah kitorang teman you tidur kat rumah "

" Adakah kerana pengaruh negatif yang begitu mudah di era teknologi makluamat ? "

" Atau desakan hidup kerana faktor kemiskinan ? "

"Adakah kerana terperangkap dengan kehidupan yang tiada simpati ?"

" Atau memang dah jadi pengikut SYAITAN dari dulu lagi ? "

Kadang kadang ada manusia yang melakukan sesuatu dengan niat yang baik dan ikhlas , tetapi oleh kerana tersilap langkah , terpedaya dengan bisikan SYAITAN , akhirnya terjerumus .

JAUHI KORUPSI , OPPPSSS 

Memang kadang-kadang akal menjadi lemah apabila nafsu mula berkuasa .



MAMA : selalulah berdoa , minta sentiasa dilindungi oleh-Nya .







Wednesday, December 7, 2011

Hobi yang semakin dilupakan

Woit , jangan potong stim . Orang tengah kumpul setem tau !

Hantar SMS kena pakai setem jugak ke ?

Hahaha , gumbiranya mengumpul setem .

Salah satu hobi atau kegemaran orang dulu-dulu adalah mengumpul setem . Ahaks , dewasa ini siapa lagi yang mempunyai hobi sedemikian . Entahlah di mana silapnya . Semua alpa dibuai arus kemodenan . Dah macam berceramah pulak ni -,-


Tak tipu . Aku memang dah lama tak pakai sistem bersetem ni . Zaman dah maju kan . Macam macam ada . Semuanya di hujung jari . Facebook , Myspace , Friendster , Gmail , Yahoo mail , pheewww banyak lagi . Kalau nak sebut satu satu memang penat . Aku rasa ada beberapa sebab sistem bersetem ini amat menyusahkan golongan golongan seperti aku sendiri :P


     *  Jarang berurusan dengan pejabat pos , lantas kita kekurangan maklumat tentang setem khas keluaran terbaru , ahaks . macam macam alasan .


     *  Tidak lagi berutus-utus surat yang memerlukan penggunaan setem , baik pakai SMS , BBM , Facebook , lagi mudah dihujung jari , (Zaman dulu tulis surat tabur bedak wangi lepas tu tampal setem hantar kat awek ) :)


      *  Muncul hobi yang lebih canggih dan ekstrem . Apadahal kumpul setem , tak remajalah . Jom futsal , jom main PS2 .


     *  Tak boleh mendatangkan pulangan dalam bentuk wang . Pheww , kumpul setem bukan boleh kaya cepat , baik kumpul surat khabar ke , tin kosong ke .

Aha , nampak tak ? Pergghh , nak suruh pejabat pos beli setem 30sen ? Memang tak lah korang nak pergi kan .



#Kepada yang masih menggunakan sistem bersetem dan hobi mengumpul setem ini , teruskanlah . Mana lah tau satu hari nanti . . . . .






.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



















Setem tu boleh tukar jadi duit , kan dah kaya , opssss , sorry  :)