“ Woit , jangan potong stim . Orang tengah kumpul setem tau ! “
“ Hantar SMS kena pakai setem jugak ke ? “
“ Hahaha , gumbiranya mengumpul setem “ .
Salah satu hobi atau kegemaran orang dulu-dulu adalah mengumpul setem . Ahaks , dewasa ini siapa lagi yang mempunyai hobi sedemikian . Entahlah di mana silapnya . Semua alpa dibuai arus kemodenan . Dah macam berceramah pulak ni -,-
Tak tipu . Aku memang dah lama tak pakai sistem bersetem ni . Zaman dah maju kan . Macam macam ada . Semuanya di hujung jari . Facebook , Myspace , Friendster , Gmail , Yahoo mail , pheewww banyak lagi . Kalau nak sebut satu satu memang penat . Aku rasa ada beberapa sebab sistem bersetem ini amat menyusahkan golongan golongan seperti aku sendiri :P
* Jarang berurusan dengan pejabat pos , lantas kita kekurangan maklumat tentang setem khas keluaran terbaru , ahaks . macam macam alasan .
* Tidak lagi berutus-utus surat yang memerlukan penggunaan setem , baik pakai SMS , BBM , Facebook , lagi mudah dihujung jari , (Zaman dulu tulis surat tabur bedak wangi lepas tu tampal setem hantar kat awek ) :)
* Muncul hobi yang lebih canggih dan ekstrem . “ Apadahal kumpul setem , tak remajalah . Jom futsal , jom main PS2 “ .
* Tak boleh mendatangkan pulangan dalam bentuk wang . “ Pheww , kumpul setem bukan boleh kaya cepat , baik kumpul surat khabar ke , tin kosong ke “ .
Aha , nampak tak ? Pergghh , nak suruh pejabat pos beli setem 30sen ? Memang tak lah korang nak pergi kan .
#Kepada yang masih menggunakan sistem bersetem dan hobi mengumpul setem ini , teruskanlah . Mana lah tau satu hari nanti . . . . .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Setem tu boleh tukar jadi duit , kan dah kaya , opssss , sorry :)
No comments:
Post a Comment