“ Akmal , mama harap kamu bersabar dengan berita yang mama nak sampaikan ni “ .
Masih terngiang ngiang lagi berita tersebut dalam kotak memori Akmal. Ya, satu berita yang hampir tidak diterima akal, tidak mengapa-lah , mungkin suratan takdir telah menentukan segala galanya . Kita sebagai manusia biasa , cukuplah sekadar menerima takdir-Nya , selebihnya kita serahkan kepada yang lebih berhak menentukan . Mungkin berita ini terlalu sedih untuk diterima Akmal , seorang hamba yang yang saling menyayangi hamba-Nya yang lain.
19 Ramadhan
“ Awak , hari ini awak lapang tak ? Jom buka puasa sama sama”.
Ya , hampir terlupa Akmal dibuatnya . Selama tiga tahun perkenalan mereka , hanya tahun ini Akmal hampir hampir terlepas peluang untuk berbuka puasa bersama insan yang tersayang . Semenjak menjejak kaki ke alam yang lebih mencabar ini , masing masing terlalu sibuk dengan masa hadapan sendiri , tidak seperti dahulu , sarapan bersama , makan tengahari bersama , seperti keluarga sendiri .
“ Selamat hari lahir ke-18 awak ! Akmal akan sayang awak sampai bila bila ”.
Selesai berbuka puasa , masing masing membawa haluan sendiri untuk pulang ke gerbang masa hadapan yang perlu disempurnakan .Ya , hati Akmal gembira bukan kepalang dapat berbuka puasa bersama orang yang cukup disayanginya . Walaupan hadiah hari jadi yang diberikan olehnya tadi tidaklah berapa mahal , namun apa yang penting baginya adalah kasih sayang yang tidak pernah pudar semenjak pertemuan pertama mereka dahulu . Baginya , cukuplah agar insan yang disayanginya senantiasa sihat dan gembira ketika berada di sisinya.
20 Ramadhan
Walau pahit untuk diterima , Akmal tetap redha dengan ketentuan-Nya . Pagi itu , sehabis kelas jam 12.00 , Akmal menerima panggilan daripada mama .
“ Akmal , mama minta maaf . Akmal doakan Izzati bahagia disana ”.
Ya , ucapan malam semalam adalah ucapan terakhir . Hadiah malam semalam adalah hadiah terakhir . Segalanya terasa gelap bagi Akmal .
#Memang , melupakan seseorang amat susah bagi kita , kerana ianya pernah menjadi sebahagian dari hidup kita , tapi sekurang kurangnya untuk mengurangkan keperitan , kita harus belajar untuk menerima sesuatu hakikat . Saya akan sayang awak sampai bila bila .
#Al-Fatihah untuk arwah Elyana Izzati Binti Rahman yang telah pulang ke rahmatullah pada 19 Ramadhan tahun ini .