Monday, December 12, 2011

Cheritera Hidup

Setiap hari kita bermula sebagai makhluk yang bersih dan suci serta tinggi tarafnya dari makhluk-makhluk lain Tuhan . Walau ada yang dilahirkan dari golongan yang sesat , SETIAP PENGALAMAN AKAN MEMBENTUK PERIBADI KITA . Persekitaran akan membentuk pemikiran kita . Sama ada menjadi baik atau sebaliknya .


" macam macam jenis manusia kat dunia ni , susah nak faham " .


Tiada siapa yang akan faham
itulah KEHIDUPAN
tiada yang akan sempurna#

Semakin hari semakin bersepah persoalan yang ada kat minda semua orang . 


" Kenapa ada orang suka merampas hak orang lain ? "
" Kenapa ada orang sanggup membunuh , menyiksa dan menghina ? "
" Kenapa ada orang sanggup menggadai maruah diri ? "

NO MONEY , NO LOVE

" Kenapa ada orang yang sanggup meng'TONG SAMPAH'kan zuriat sendiri ? "


Kalau nak cerita semua kisah manusia jahat , memang tak cukup satu buku . Aku pun bukan baik sangat nak cerita keburukan orang . Tapi persoalannya . apakah yang menyebabkan mereka menjadi begitu ?


" macam macam cerita dalam paper,
nak baca pun tak sanggup "




Adakah kerana kurangnya pendidikan sewaktu kecil ? "

" nak sekolah tapi ayah takde duit "

"Atau kurangnya perhatian daripada ibubapa yang sentiasa sibuk ?"

" dengar cerita mummy dan deddy you pergi oversea erk ? "
" ajak lah kitorang teman you tidur kat rumah "

" Adakah kerana pengaruh negatif yang begitu mudah di era teknologi makluamat ? "

" Atau desakan hidup kerana faktor kemiskinan ? "

"Adakah kerana terperangkap dengan kehidupan yang tiada simpati ?"

" Atau memang dah jadi pengikut SYAITAN dari dulu lagi ? "

Kadang kadang ada manusia yang melakukan sesuatu dengan niat yang baik dan ikhlas , tetapi oleh kerana tersilap langkah , terpedaya dengan bisikan SYAITAN , akhirnya terjerumus .

JAUHI KORUPSI , OPPPSSS 

Memang kadang-kadang akal menjadi lemah apabila nafsu mula berkuasa .



MAMA : selalulah berdoa , minta sentiasa dilindungi oleh-Nya .







Wednesday, December 7, 2011

Hobi yang semakin dilupakan

Woit , jangan potong stim . Orang tengah kumpul setem tau !

Hantar SMS kena pakai setem jugak ke ?

Hahaha , gumbiranya mengumpul setem .

Salah satu hobi atau kegemaran orang dulu-dulu adalah mengumpul setem . Ahaks , dewasa ini siapa lagi yang mempunyai hobi sedemikian . Entahlah di mana silapnya . Semua alpa dibuai arus kemodenan . Dah macam berceramah pulak ni -,-


Tak tipu . Aku memang dah lama tak pakai sistem bersetem ni . Zaman dah maju kan . Macam macam ada . Semuanya di hujung jari . Facebook , Myspace , Friendster , Gmail , Yahoo mail , pheewww banyak lagi . Kalau nak sebut satu satu memang penat . Aku rasa ada beberapa sebab sistem bersetem ini amat menyusahkan golongan golongan seperti aku sendiri :P


     *  Jarang berurusan dengan pejabat pos , lantas kita kekurangan maklumat tentang setem khas keluaran terbaru , ahaks . macam macam alasan .


     *  Tidak lagi berutus-utus surat yang memerlukan penggunaan setem , baik pakai SMS , BBM , Facebook , lagi mudah dihujung jari , (Zaman dulu tulis surat tabur bedak wangi lepas tu tampal setem hantar kat awek ) :)


      *  Muncul hobi yang lebih canggih dan ekstrem . Apadahal kumpul setem , tak remajalah . Jom futsal , jom main PS2 .


     *  Tak boleh mendatangkan pulangan dalam bentuk wang . Pheww , kumpul setem bukan boleh kaya cepat , baik kumpul surat khabar ke , tin kosong ke .

Aha , nampak tak ? Pergghh , nak suruh pejabat pos beli setem 30sen ? Memang tak lah korang nak pergi kan .



#Kepada yang masih menggunakan sistem bersetem dan hobi mengumpul setem ini , teruskanlah . Mana lah tau satu hari nanti . . . . .






.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



















Setem tu boleh tukar jadi duit , kan dah kaya , opssss , sorry  :)



Wednesday, November 30, 2011

Mona Lyssa.

assalamualaikum.

TOP 15 DONE , TOP 10 DONE , TOP 5 DONE . memang penat kalau asyik kena vote je , siapa yang tak penat bohonglah . tapi kalau tak vote , siapa lagi nak sokong produk tempatan kalau bukan kita , sampai bila produk kita nak kebelakang ke , tak salah nak sokong produk luar , tapi sekurang kurangnya hargailah mereka .

Mona lyssa


*ball-haiqal-moja

mereka kawan aku . siapa yang tak sayang kawan kan ? okay sekarang Monalyssa tengah berusaha mengumpul undian tertinggi untuk layak berada di atas pentas Rock The World Adrenaline 2011 . sebagai sahabat mereka aku rasa bertanggungjawab untuk menolong mereka . ahaks . gedik .

dah apa lagi , cepat lah vote untuk Monalyssa !

vote untuk Monalyssa di sini ! terima kasih . sayang korang !



#wow , bersepah entri kali ini , tapi apa apa pun , tolong mereka erk , terima kasih :)

Tuesday, November 29, 2011

kETAM itu jalannya Ketepi.

Tiap tiap hari bila baca surat khabar mesti ada beribu ribu kisah salah laku manusia.Bila terjadinya satu kesilapan,pasti ada yang menjadi mangsanya.Tapi yang pelik,masih ada yang rasa bangga melakukan kesilapan.Ah,tak keterlaluan kalau dikatakan bodoh.


Ada yang menjadikan kesilapan dan kebodohan itu sebagai cara hidup,hidup yang bagaimana aku pun kurang pasti.Tuan punya jiwa sendiri yang mengerti.


Ada yang maki hamun marah marah kesilapan orang tapi tak sedar caranya juga salah,ibu ketam selalu marah anaknya,tapi ibunya pun juga senget bagaimana nak lurus anaknya.


Ada yang menyuarakan bantahan atas kesilapan dengan memprotes,tak kurang juga ada yang tak ambil kisah dan langsung tak mahu ambil tahu,pening.


Dunia ini penuh dengan pelbagai ragam manusia.Dijadikan konsep betul dan salah sebagai garis panduan untuk kita menjalani kehidupan.Setiap agama ada hukumnya.Setiap negara ada undang undangnya.Setiap bangsa ada adatnya.Setiap perbuatan ada pahala,ada dosa,ada syurga dan tak lupa neraka.




" Tapi kenapa masih ramai yang suka memilih cara yang salah ? adakah lebih mencabar ? atau boleh memberikan lebih nikmat hidup ini ? "


Bukan nak ceramah panjang lebar,aku pun buat salah.Tiada yang sempurna,itulah kehidupan.


Persoalannya:


Bagaimana seseorang pemimpin yang salah mahu memimpin rakyat supaya jadi betul?


Bagaimana seorang yang selalu gagal mahu mengajar anak jadi pandai?


Bagaimana ketua yang malas mahu anak anak buahnya sentiasa rajin?


Dan yang paling penting,bagaimana kita mahu mengubah manusia sekeliling kita kalau kita sendiri pun tak betul?






*ketam oh ketam,macam mana lah kau nak ajar anak kau jalan lurus,kau pun senget,baik masak lemak cili api.
sekian.

Marah.

" Sabar brader , sabar !! Apasal marah marah tak tentu pasal ni ? Bertenang ! Ketahuilah ! Sesungguhnya sabar itu adalah separuh daripada iman " .

Marah . Satu betuk emosi yang terjadi apabila seseorang itu tidak dapat mengawal perasaan tidak puas hati di dalam hati mereka . Apabila marah , darah panas yang mengalir di dalam tubuh akan mudah diresapi syaitan .

Setiap manusia meluahkan perasaan mereka dengan pelbagai reaksi berbeza . Semuanya bergantung kepada bagaimana kekuatan akal mengawal minda . Perasaan marah ini pula ada bagus dan tidak bagusnya . Ia adalah satu bentuk ekspresi yang kuat untuk membantah perlakuan yang kita tidak suka . Tapi , perlu cara yang bijak untuk mengawalnya .

Ada yang marah dengan cara merajuk .


Ada yang bila marah , suka duduk bersendirian , tak suka diganggu .

Ada yang menangis kuat kuat bila marah .

Ada yang berleter panjang bila marah .

Ada yang lepaskan marah dengan tumbuk dinding .

Ada yang lepaskan marah dengan tumbuk muka orang .

Ada yang bila kena marah , begitu bijak memendamkan perasaan , tapi melepaskan perasaan itu pada pihak yang tak bersalah .

Ada pulak yang selalu suka marah marah , tapi mampu mengawal perasaaan , sebab dia pun selalu kena marah .

" marah marah sambil nyanyi lagu Hindustan , hebat couple ni " , :D

Cuba belajar kuatkan minda , belajar mengawal marah dengan senyuman . Membalas kutukan dengan gurauan . Bertoleransi pada kebodohan dengan kebijaksanaan . Menerima hinaan dengan tak payah layan . Tapi , kalau kena tumbuk tak tentu pasal , mana lebih baik ? Sama sama bertumbuk masuk hospital atau sorang pergi saman hingga dapat duit juta jutaan .









" Bila perasaan marah menguasai diri , darah jadi panas , syaitan mudah meresap dalam badan . Bila syaitan sudah mengawal pemikiran , satu satunya jalan yang dia ingin bawa ialah ke arah kemusnahan . Oleh itu perbanyakkan istighfar dan berwuduk  Insyaallah , syaitan akan pergi " . - mama -








*sekian :)

Thursday, November 24, 2011

Teka teki kehidupan .

Ah pedulikan! Mungkin ada manusia yang langsung tak pernah fikirkan kehidupan mereka. Tapi jangan lupa, dunia ini penuh dengan teka teki. Dah jadi satu kemestian dalam kehidupan, semua perkara tak akan berakhir dengan satu penamat yang menggembirakan. Pada aku, manusia mana yang hidupnya cuma suka tiada duka, ah bohonglah. Orang gila pun pernah duka, mungkin sebab itu mereka gila. Gila pada mentalnya, gila pada perbuatannya. Lupakan pasal kegilaan mereka.

Ya, hidup ini penuh dengan teka teki. Penuh dengan persoalan. Ada yang berjaya menemui jawapan tak kurang juga yang buntu sekerat jalan. Yang pasti takkan ada persoalan yang tiada jawapan. Tiada penyakit yang tiada penyembuhnya. Semua bergantung kepada usaha untuk menemukan jawapan kepada persoalan ciptaan mereka sendiri, dunia ini dunia mereka katanya. Teka teki kehidupan. Satu perkara yang subjektif. Banyak andaian, banyak perbalahan, banyak jawapan.


Takpalah , pendapat aku mungkin tak sama macam semua .


#Melupakan memang payah, cukup payah. Tapi seeloknya belajar untuk terima hakikat yang kehidupan telah ditakdir sebegitu rupa. Siapa kita nak menghalang kehendak-Nya.


Terima kasih semua. 

Sunday, November 20, 2011

We are the YOUTH !

There was a time when the world went wrong
There was a time thought that I was strong
Never really cared for anyone
Never really cared if the sun won`t shine
Coz` the wreath of oi! was far from dead
And left ourselves bled the streets
Of the city, Red!!
But like a warrior I am, I have strived & survived
The darkest days & times of life
For all the years og suffering
And all the years of broken hearts
We will remember when the
Revolution starts
…and now like a warrior that I was
Meant to be
I will stand in this ground with pride & dignity
We are the youth , we are the truth
We have survived the darkest times of lives
We are the youth , we are the youth
Our turn will come & we will have our day



Wednesday, November 16, 2011

Never be erased , never be replaced , till the end :)

Entah kenapa pagi ini jari jemari aku tergerak untuk menaip , ya , dah lama aku tak mencoret dalam blog ini .

Sedar tak sedar semester satu hampir melabuhkan tirainya . Banyak yang aku belajar kat sini. Kawan kawan , lecturer , makcik kafe , semuanya terlalu baru untuk aku . Sekarang aku berada dalam minggu peperiksaan , alhamdulillah , tinggal satu paper lagi .

 Bercakap tentang kawan kawan . Bukan mudah untuk ditafsir . Kawan makan kawan , kawan suka duka , kawan gelak ketawa , macam macam lagi aku pernah dengar . Tapi , aku tak menyesal kenal dengan semua kawan aku . Kawan yang baik akan sentiasa memberikan kegembiraan kepada kita , dan kawan yang kurang baik sentiasa memberikan pengalaman kepada kita untuk menghadapi segala situasi bersamanya. Orang kata pengalaman banyak mendewasakan kehidupan . Semenjak aku hidup kat sini , baru aku faham apa erti dewasa . Rasanya cukuplah untuk coretan pagi ini  . Thanx guys , thnx lecturer , for the knowledge , for the joy , for that precious moment , you guys had make this life more colourful :)

shidi
bob
cramp
pony
kiki
kyn
feyka
nurul
meor
ijad
azrie
akmal
wafie
meera
fathi & co
rock
dynie
faezah
apiz
yin
paan

#thanks guys. korang banyak tolong hidup aku , sayang korang sampai bila bila :)
#cause we are the youth .


Cerita Kehidupan.

“ Akmal , mama harap kamu bersabar dengan berita yang mama nak sampaikan ni “ .

Masih terngiang ngiang lagi berita tersebut dalam kotak memori Akmal. Ya, satu berita yang hampir tidak diterima akal, tidak mengapa-lah , mungkin suratan takdir telah menentukan segala galanya . Kita sebagai manusia biasa , cukuplah sekadar menerima takdir-Nya , selebihnya kita serahkan kepada yang lebih berhak menentukan . Mungkin berita ini terlalu sedih untuk diterima Akmal , seorang hamba yang yang saling menyayangi hamba-Nya yang lain.

19 Ramadhan

“ Awak , hari ini awak lapang tak ? Jom buka puasa sama sama”.

Ya , hampir terlupa Akmal dibuatnya .  Selama tiga tahun perkenalan mereka , hanya tahun ini Akmal hampir hampir terlepas peluang untuk berbuka puasa bersama insan yang tersayang .  Semenjak menjejak kaki ke alam yang lebih mencabar ini , masing masing terlalu sibuk dengan masa hadapan sendiri , tidak seperti dahulu , sarapan bersama , makan tengahari bersama , seperti keluarga sendiri .

“ Selamat hari lahir ke-18 awak ! Akmal akan sayang awak sampai bila bila ”.

Selesai berbuka puasa , masing masing membawa haluan sendiri untuk pulang ke gerbang masa hadapan yang perlu disempurnakan .Ya , hati Akmal gembira bukan kepalang dapat berbuka puasa bersama orang yang cukup disayanginya . Walaupan hadiah hari jadi yang diberikan olehnya tadi tidaklah berapa mahal , namun apa yang penting baginya adalah kasih sayang yang tidak pernah pudar semenjak pertemuan pertama mereka dahulu . Baginya , cukuplah agar insan yang disayanginya senantiasa sihat dan gembira ketika berada di sisinya.

20 Ramadhan

Walau pahit untuk diterima , Akmal tetap redha dengan ketentuan-Nya . Pagi itu , sehabis kelas jam 12.00 , Akmal menerima panggilan daripada mama .

“ Akmal , mama minta maaf . Akmal doakan Izzati bahagia disana ”.

Ya , ucapan malam semalam adalah ucapan terakhir . Hadiah malam semalam adalah hadiah terakhir . Segalanya terasa gelap bagi Akmal .

#Memang , melupakan seseorang amat susah bagi kita , kerana ianya pernah menjadi sebahagian dari hidup kita , tapi sekurang kurangnya untuk mengurangkan keperitan , kita harus belajar untuk menerima sesuatu hakikat . Saya akan sayang awak sampai bila bila .

#Al-Fatihah untuk arwah Elyana Izzati Binti Rahman yang telah pulang ke rahmatullah pada 19 Ramadhan tahun ini . 

Saturday, September 10, 2011

Thursday, August 25, 2011

selamat tengahari , :D

assalamualaikum semua :)

kiri kanan ketupat gantung , lampu warna warni , lampu pelita , kuih raya , pasang lagu raya kuat kuat , dan akan berulang setiap tahun , yeah , dari aku bersekolah di Ipoh dahulu sehingga kini di Gombak , memang semua tu akan dilakukan bila bulan Ramadhan hampir tiba ke penghujungnya :)

hari ni dah 27 Ramadhan , dan aku takde kelas hari ni , dan yang penting aku dah keluar dari bumi BMI dari semalam lagi , dan sekarang depan lappy serius aku dah mula rindu BMI balik :')

okay , sepanjang aku berpuasa kat sini dari hari pertama puasa sampailah puasa ke 26 , banyak benda yang aku dah lalui , thnx guys , daripada kita sahur sama sama , lepas tu kita buka puasa sama , gonna miss that moment guys , sayang korang sampai bila bila :')
 kyn,feyka,nurul
 feyka&nurul
 aku&kiki
 feyka&nurul
 deen seafood :)
 aku&kiki
 deen seafood :)
 feyka&kyn
 kiki
deen seafood :)

*terima kasih kepada DEEN SEAFOOD yang telah bertungkus lumus menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk buka puasa tahun ni , *3minggu menepak kat sane :)
*terima kasih feyka , kyn , nurul , & kiki , harap harap umur panjang , dapat puasa lagi tahun depan :)
ok-lah , kemas kemas barang nak balik kampung dah , harap harap hari yang mendatang akan lebih bahagia :)


" never be erased, never be replaced , until the end , gonna miss you guys , take care ya , bye " , :)


Tuesday, August 23, 2011

selamat pagi , :D

hai hai hai , selamat pagi :)
awalkah aku bangun ? aku malas nak tidur lepas sahur tadi sebab kelas hari ini pukul lapan *ENGINEERING PHYSICS:)

okay , hari ni dah 24 ogos , hari rabu , tinggal dua hari aku nak puasa kat bumi BMI ni , haha , tak lame dah nak raye , YEAY YEAY YEAY !okay , sekarang dah mula sibuk , assignment bersepah , quiz , & test . ouh yeah ! test lepas raya ! *tangan sebelah makan rendang , tangan sebelah lagi selak buku , :'(

okay , mata dah layu layu ni , baik aku mandi , kalau aku pejam sah sah tuang kelas , HAR HAR HAR !

*jumpa awak kat kelas nanti :)

Sunday, August 14, 2011

Saturday, July 30, 2011

selamat petang , :)

assalamualaikum , 3 hari dah tak berblog HAHAHA , lame kan ? aku dah mula busy sekarang , biasalah tu student baru , jiwa baru , semua baru la  :)
jumaat , sabtu , dan hari ni baru aku memang sempat nak menconteng blog ni :)

sabtu , bangun subuh , study fizik , then jalan jalan cuci mata kat times square bersama sama sahabat sahabat aku yang TERBAIK :)
*memang masuk air lah lepak ngan korang :)
hahaha ,aku balik bmi pukul berapa ntah , haha , study math then terus tidur , letih sangat kot :)





                                                                   *budak mengada ngada :)
                                                                       *semah
                                                                          *semah & kyn :)
                                                                       *semah
                                                                          *semah&nurul
*thnx guys , supe duper awesome saturday :D

AHAD , aku bangun terlewat sebab bilik aku takde sape jadi memang hanyut lah , then semah ajak g lunch kat kafe bawah sambil bergosip gosip , hahaha

*thnx iman sebab bagitau aku hal yang sebenar , kalau tak memang sampai mati pun aku kena tipu , :')

STUDY STUDY STUDY , sekian :)

Thursday, July 28, 2011

selamat pagi , :D

hahaha , pagi ni aku tergelak sorang sorang dalam bilik sebab aku sorang yang takde kelas hari ni , roomate aku sume bangun kul lapan , HAHAHA , best kan ?

aku ingat nak balik rumah , tapi banyak lagi tak setel , BORANG MARA pun tak hantar lagi , nasib baik MARA tunggu sampai petang , TERBAIK-LAH .

duduk sorang sorang dalam bilik , tak mandi lagi , perut kosong , malas nak keluar , DAMN . BOSAN .

*okay lah , aku nak mandi jap , nak pergi cafe , nak hantar borang mara , nak balik , nak cium ibu dengan ayah , :)

selamat malam , :)

terbaik-lah malam ni , thnx guys :DDD
memang huru hara keluar ngan korang , korang terbaik !!!


*sayasayangkawansayaketatketat :)

Wednesday, July 27, 2011

selamat pagi , :D

selamat pagi , HAHA , mula mula aku nak gelak dulu sebab pagi ni kelas mula jam1015 , TERBAIK .


bangun subuh , lepak lepak ambik udara segar , tidur balik , then bangun balik , sekarang aku duduk depan laptop dan dah siap mandi , baru jam0845 , HAHA , semangat je . okay jap lagi kelas ELECTRONIC WORKSHOP PRACTICE , kerja yang MR AZLAN bagi pun dah siap malam tadi , ahh lega  :)

kelas KEDUA aku hari ni FOUNDATION ENGLISH jam 1215 , *habis kelas ELECTRONIC terus kelas ENGLISH , haha . TERBAIK !!

dan kelas aku yang terakhir hari ni jam0515 sehingga jam0710 , DAMN , macamane nak tengok bola malam ni !!! haha , aku rase macam nak koyak je tiket , pastu tengok kat kedai belakang  :)



*okay-lah , aku nak siapkan tutorial math yang diberi semalam , walaupun lecturer nak next week , sebagai seorang pelajar yang bakal mendapat pointer 4.0 sem ni , HAHA , VAVI POYOS kan aku , insyaallah , aku boleh dapat , guys , doakan aku berjaya erk  :)


sekian....

selamat malam , :)

tu dia kelas OPKIM tadi , terbaik , HAHA .


*sambung kerja electronic tak siap lagi , bye , selamat malam .

selamat petang , :)

penat penat penat , nak tidur malam ni ada kelas , tapi apa boleh buat , tak nak penat tak payah belajar , duduk rumah je goyang kaki habiskan duit ibu ayah .


aku baru habis kelas TECHNICAL MATH , lecturer dah bagi tutorial , dah bagi latihan , alhamdulillah aku masih ingat basic yang aku belajar sewaktu tingkatan lima dahulu , terima kasih cikgu , :)

okay , aku nak rehat rehat jap , malam ni kelas OPKIM , :)


*siapkan kerja ELECTRONIC WORKSHOP yang tak siap siap dari tadi :)

Tuesday, July 26, 2011

selamat pagi , :D

HAHAH , selamat pagi , aku bangun lambat , kelas jam0800 , nasib baik sempat dan sekarang aku baru habis kelas , dan aku pergi makan dan sekarang aku kat library , bukan semua tu yang aku nak cerita , tapi pasal kelas tadi , *kalau ayat aku macam pelik tu pedulikan , janji faham . okay , tadi aku ade kelas ENGINEERING PHYSICS , HAHA , terbaik-lah kelas tadi . nasib baik dah ade basic sikit sikit time sekolah dulu , terima kasih madam julie , jasamu akan ku kenang hingga akhir hayat :)
agak enjoy la kelas tadi , lecturer pun terbaik , student lagi-lah terbaik , :)

*okay okay kelas aku seterusnya jam1215 , kelas pengajian islam .


*mood , siapkan kerja electronik workshop kat library , :)

selamat malam , :)

okay , baru lepas makan , bukan makan yang aku nak cerita , tapi pasal kelas tadi , kelas MANDARIN , :D
haha , memang terbaik-lah , tak menyesal aku ambik , lecturer sempoi , student sempoi , semua TERBAIK-LAH senang cerita :)


*okay okay okay , kelas malam malam , nasib baik tak bosan , :D

selamat petang , :)

damn , ingatkan kelas dah habis , rupanya malam ni ade kelas pulak , HAHA , okay sekarang aku kat library ngan seorang rakan aku yang tadi tu , *sila rujuk  di entri sebelum sebelumnya , (kawan aku yang masih blur pasal programming , haha ) , kami tengah meng-update ape yang sepatutnya diupdate , dan daripada update ni lah aku tau malam ni aku ada kelas , WMD10101 , iaitu kelas MANDARIN bagi subjek KO-Q , haha dan lagi sekali malam esok pada jam yang sama iaitu WCD11201 , COMMUNITY SERVICE , :)


haha , tamak tak aku ambik sampai 2 subjek KO-Q , HAHA , :D

*okay-lah , mau study study study dan terus study kat library , bye bye :)


*jangan dengki kalau kami cakap kami bakal dapat pointer 4.0 semester ini , :)


sekian

Monday, July 25, 2011

selamat tengahari , :D

lunch hour bersama rakan sebelah tadi yang masih blur pasal subjek programming , ape ntah nama mamat tu , syawal kot , HAHA  :)




*KELAS LEPAS NI , ELECTRONIC WORKSHOP PRACTICE , :)

kelas programming bersama MR TAN , :D

OKAY , sekarang aku kat kelas programming 1 , HAHA , aku masih blur lagi , tak tahu apa nak buat , dari mula kelas sampai dah nak habis kelas , masih belum ada perubahan , tapi aku mesti boleh BUAT jugak !!!!

nasib baik bukan aku sorang , HAHA , member sebelah aku pun terkulat , terblur , terkial lagi nak faham subjek ni , haha , takpe takpe , pembelajaran masih baru bermula bagi aku .

*terkial kial nak buat program tapi tak jadi jadi lagi :)

selamat pagi untuk kali yang KEDUA , :D

HAHA , terasa macam best pulak pagi ni , haha , terima kasih timetable , aku sayang kau , kelas PERTAMA hari ni jam 1215 , kelas programming , HAHA . okay dari malam tadi aku baca nota yang MR TAN bagi , tapi masih tak faham faham lagi , okay aku akan CUBA lagi untuk memahami , :)

mata lebam macam panda , mengantuk lagi , *sapa suruh tidur jam 0500 , kan dah dapat penyesalan .
harap harap nanti kelas aku tak tidur , HAHA , okay , mau mandi , mau siap siap , mau sarapan , CHOW CIN CAU , :D

selamat pagi , :D

mentang mentang-lah esok kelas jam1215 , amboi tak tidur lagi , :D


*masih terfikir fikir nota yang MR TAN bagi tadi untuk subjek programming 1 , harap harap esok dah boleh faham , :)

timetable yang suka bertukar tukar , :D


UNTUK SEM NI AKU AMBIK MUNGKIN LAPAN SUBJEK , SEKALI LAGI MUNGKIN , MUNGKIN AKU AKAN DROP KALAU TAK MAMPU , :D

*BED14103-PROGRAMMING 1
*BPD12102-ELECTRONIC WORKSHOP PRACTICE
*BPD13103-ENGINEERING PHYSICS
*MPW1143-PENGAJIAN ISLAM
*WED10302-FOUNDATION ENGLISH
*WQD10103-TECHNICAL MATHEMATICS 1
*WMD10101-MANDARIN(maybe aku akan drop)
*WCD11210-COMMUNITY SERVICE 1(maybe aku akan drop)

TOTAL = 18 JAM KREDIT


inilah jadual aku , aku harap takde tukar tukar dah , timing memang TERBAIK , :DD

HARI BARU BERMULA :D

isnin , 25july2011 , okay hari ni hari pertama aku menjejakkan kaki ke kelas kelas kuliah kuliah bengkel bengkel dan lab lab , haha , semua masih baru untuk aku , :D

jam0545 , damn aku silap set jam , awal aku terbangun hari ni , tapi , takpe lah , dapat siap awal , HAHA , saya bakal dekan sem ni , :DDD

jam0745 , menggelabah cari kelas , tu lah siapa suruh escape program tour de campus , kan dah mendapat , HAHA , akhirnya jumpa gak kelas aku , kelas pertama , dan buat julung kalinya . KELAS PERTAMA , kelas technical math 1 , alhamdullillah , taklimat pengenalan berjalan dengan lancar , lecturer pun okay , HAHA , TERBAIK .

jam1215 , KELAS KEDUA , kelas programing 1 by MR TAN , okay kelas ni terbaik jugak walaupun taklimat yang diberi telah menjejaskan corak pemikiran aku , haha , aku masih tak faham lagi , mungkin terlalu awal kot nak faham , harap harap aku akan berjaya untuk subjek ni , doakan aku erk kawan kawan :D

jam0300 , KELAS KETIGA , kelas pengajian islam , okay tunggu punya tunggu namun sedikit hampa lecturer022 tidak dapat hadir , mungkin beliau ade masalah sedikit kot , takpe , takde rezeki , tapi aku dah harap sangat nak tengok lecturer tu :D


*BALIK HOSTEL MEREHATKAN DIRI DAN TERUS BERUSAHA MEMAHAMI SUBJEK PROGRAMMING 1 , CHAIYOK CHAIYOK !!!


selesai sudah perjalanan hari isnin , jumpa pada entri seterusnya :D

Perjalanan hidup baru :)

assalamualaikum pembuka bicara , :)

first sekali , aku nak cakap dah lama gila aku tak update blog ni , dah macam bersawang dah , HAHA , * last sekali entry bulan mac kot tak silap aku  lama gila kan .....

okay , berbalik kepada tajuk entry kali ni , mula mula aku nak bagitau  kini perjalanan hidup aku dah masuk kepada fasa yang memerlukan tenaga dan jiwa yang lebih kental * haha , terover pulak :DD

ahad , 17julai2011 , aku menjejakkan kaki ke fasa baru dalam hidup aku , aku mendaftarkan diri di universIti kuala lumpur , British Malaysian Institute , :DD
Perasaan aku bercampur baur , " macamane la life aku lepas ni " , :)
haha , selesai semua urusan , aku mula menempuh minggu induksi yang penuh peristiwa suka duka gelak ketawa kadangkala hiba pun ada juga :D

HAHA , satu je aku nak cakap pasal induction week , TERBAIK , terima kasih faci , terima kasih kawan kawan , intake july2011 :) , korang dah berjaya menghidupkan minggu induksi , haha , korang terbaik !!

THNX FOR THE INDUCTION WEEK GUYS !!

Saturday, March 12, 2011

perjalanan hidup masih jauh.

hey semua! kini aku kembali menaip setelah sekian lama aku meninggalkan dunia blog ni.Bukan apa, tapi aku rasa malas nak taip ouh.HHA!

ok lah, berbalik kepada tajuk kali ni "perjalanan hidup masih jauh"...hmm sedar sedar dah lima bulan aku berhenti sekolah.dulu nak tunggu waktu rehat kat sekolah pun dah penat ouh.hmm, kenangan yang sukar dilupakan...cincai kira dah 13 tahun kot aku menjalani sesi persekolahan.Bagi sesetengah orang memang penat , tapi pada aku kalau duit banyak pun , takde ilmu memang tak gune.


Sekarang ni aku takde buat ape pun kat rumah.kerja pun tak , yang aku tau habiskan beras.HHA! mungkin perkara ni biasa bagi lepasan SPM macam aku.Kepade yang bekerja , selamat maju jaya.
cuma sekarang ni aku ade menjalankan sedikit perniagaan baju online. tak besar mana pun , tapi cukuplah bagi memenuhi poket aku yang sentiasa dahagakan duit.faham faham je lah.

satu lagi perkara yang aku tengah fikir ialah masa depan aku.entahlah , kalau nak diikutkan aku ni bukan pandai sangat , tapi bolehlah kalau nak hidup.HHA! (ayat tak boleh blah).kalau nak difikirkan sangat pun tak boleh , kusut kepale otak aku nanti.aku cume berusaha selagi mana aku terdaya , selebihnya biarlah takdir dan masa yang menentukan.


ok lah.aku rasa dah panjang lebar aku menaip ni.penat ouh!

;tinggi gunung mana pun harta kita , yang penting biarlah berilmu.ingat pesan atuk=)

Sunday, January 16, 2011

selamat malam semua.

Zaman paling indah.


mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya
*credit to nidji
 
 
 
 

 *zaman kanak-kanak.
zaman ini mungkin menjadi satu nostalgia yang cukup  indah bagi semua.Hargailah masa kecil anda dan jangan disiakan.
"susah senang kehidupan adalah warna warna yang akan mencorakkan pengalaman"


Friday, January 14, 2011

selamat pagi.

pagi ni aku dikejutkan dengan satu pernyataan dari bapa ku yang tersayang.

"bang,facebook ayah da siap lum?"


ai,bile pulak ayah aku suruh wat facebook  ni....

setelah berusaha keras,maka terciptalah satu facebook yang diberi nama mohamad halit


*globalisasi pencetus kepada awet muda.