Tuesday, November 29, 2011

kETAM itu jalannya Ketepi.

Tiap tiap hari bila baca surat khabar mesti ada beribu ribu kisah salah laku manusia.Bila terjadinya satu kesilapan,pasti ada yang menjadi mangsanya.Tapi yang pelik,masih ada yang rasa bangga melakukan kesilapan.Ah,tak keterlaluan kalau dikatakan bodoh.


Ada yang menjadikan kesilapan dan kebodohan itu sebagai cara hidup,hidup yang bagaimana aku pun kurang pasti.Tuan punya jiwa sendiri yang mengerti.


Ada yang maki hamun marah marah kesilapan orang tapi tak sedar caranya juga salah,ibu ketam selalu marah anaknya,tapi ibunya pun juga senget bagaimana nak lurus anaknya.


Ada yang menyuarakan bantahan atas kesilapan dengan memprotes,tak kurang juga ada yang tak ambil kisah dan langsung tak mahu ambil tahu,pening.


Dunia ini penuh dengan pelbagai ragam manusia.Dijadikan konsep betul dan salah sebagai garis panduan untuk kita menjalani kehidupan.Setiap agama ada hukumnya.Setiap negara ada undang undangnya.Setiap bangsa ada adatnya.Setiap perbuatan ada pahala,ada dosa,ada syurga dan tak lupa neraka.




" Tapi kenapa masih ramai yang suka memilih cara yang salah ? adakah lebih mencabar ? atau boleh memberikan lebih nikmat hidup ini ? "


Bukan nak ceramah panjang lebar,aku pun buat salah.Tiada yang sempurna,itulah kehidupan.


Persoalannya:


Bagaimana seseorang pemimpin yang salah mahu memimpin rakyat supaya jadi betul?


Bagaimana seorang yang selalu gagal mahu mengajar anak jadi pandai?


Bagaimana ketua yang malas mahu anak anak buahnya sentiasa rajin?


Dan yang paling penting,bagaimana kita mahu mengubah manusia sekeliling kita kalau kita sendiri pun tak betul?






*ketam oh ketam,macam mana lah kau nak ajar anak kau jalan lurus,kau pun senget,baik masak lemak cili api.
sekian.

1 comment: