Monday, December 17, 2012

Jari Masih Tencari Cari Aksara


Cerita kini dicoret kembali . Ya , aku rasa sudah lama benar jari jemari tidak menari di halaman ini . Satu tempoh yang belum cukup lama aku kira . Untuk apa tempoh yang lama ? Untuk aku belajar terima realiti hidup . Aku lemah, memang. Fikiran, diri apatah lagi jiwa . Cukup memberontak tika itu .  Lantas aku fikir, sampai bila ? Hidup mesti diteruskan tak kira apa akan jadi. Hilang dia bukan aku hilang semuanya .

Untuk lupakan sesuatu yang jasadnya sendiri sudah tiada, cukup payah. Tapi sekurang kurangnya, cuba belajar terima realiti. Belajar terima hakikat, diari hidup KITA sudah sampai penghujungnya. Jika tampak mustahil untuk bersama di dunia ,



“ Aku pohon kau tunggu di pintu surga sana “ .


*Al-fatihah untuk arwah Elyana Izzati Binti Rahman .

Wednesday, February 8, 2012

The End#

diari ditutup #

hari ini genap 5 bulan , jiwa aku hilang , jiwa aku dibunuh kejam . Genap juga 5 bulan senyuman terakhir dari dia, tetap aku sematkan dalam hati .

Hilang warna, hilang bau , hilang semuanya#

Tinggal jiwa, tinggal cinta
Hati lara, resah berduka
Impian kini tinggal cerita
hilang kau hilang cerita

Hai jiwa
moga tenang kau dipersemadian sana
doa cinta sentiasa mengiringi
kau bawa kasih sampai mati
tinggal aku melara sepi

kekasih raga, arjuna jiwa
aku cinta sampai nyata.


melupakan memang cukup mustahil , hari demi hari belajar untuk terima hakikat watak kau dalam cerita hidup aku tamat;

moga yang indah indah mengiringi perjalanan kau sampai ke surga sana #


Monday, December 12, 2011

Cheritera Hidup

Setiap hari kita bermula sebagai makhluk yang bersih dan suci serta tinggi tarafnya dari makhluk-makhluk lain Tuhan . Walau ada yang dilahirkan dari golongan yang sesat , SETIAP PENGALAMAN AKAN MEMBENTUK PERIBADI KITA . Persekitaran akan membentuk pemikiran kita . Sama ada menjadi baik atau sebaliknya .


" macam macam jenis manusia kat dunia ni , susah nak faham " .


Tiada siapa yang akan faham
itulah KEHIDUPAN
tiada yang akan sempurna#

Semakin hari semakin bersepah persoalan yang ada kat minda semua orang . 


" Kenapa ada orang suka merampas hak orang lain ? "
" Kenapa ada orang sanggup membunuh , menyiksa dan menghina ? "
" Kenapa ada orang sanggup menggadai maruah diri ? "

NO MONEY , NO LOVE

" Kenapa ada orang yang sanggup meng'TONG SAMPAH'kan zuriat sendiri ? "


Kalau nak cerita semua kisah manusia jahat , memang tak cukup satu buku . Aku pun bukan baik sangat nak cerita keburukan orang . Tapi persoalannya . apakah yang menyebabkan mereka menjadi begitu ?


" macam macam cerita dalam paper,
nak baca pun tak sanggup "




Adakah kerana kurangnya pendidikan sewaktu kecil ? "

" nak sekolah tapi ayah takde duit "

"Atau kurangnya perhatian daripada ibubapa yang sentiasa sibuk ?"

" dengar cerita mummy dan deddy you pergi oversea erk ? "
" ajak lah kitorang teman you tidur kat rumah "

" Adakah kerana pengaruh negatif yang begitu mudah di era teknologi makluamat ? "

" Atau desakan hidup kerana faktor kemiskinan ? "

"Adakah kerana terperangkap dengan kehidupan yang tiada simpati ?"

" Atau memang dah jadi pengikut SYAITAN dari dulu lagi ? "

Kadang kadang ada manusia yang melakukan sesuatu dengan niat yang baik dan ikhlas , tetapi oleh kerana tersilap langkah , terpedaya dengan bisikan SYAITAN , akhirnya terjerumus .

JAUHI KORUPSI , OPPPSSS 

Memang kadang-kadang akal menjadi lemah apabila nafsu mula berkuasa .



MAMA : selalulah berdoa , minta sentiasa dilindungi oleh-Nya .







Wednesday, December 7, 2011

Hobi yang semakin dilupakan

Woit , jangan potong stim . Orang tengah kumpul setem tau !

Hantar SMS kena pakai setem jugak ke ?

Hahaha , gumbiranya mengumpul setem .

Salah satu hobi atau kegemaran orang dulu-dulu adalah mengumpul setem . Ahaks , dewasa ini siapa lagi yang mempunyai hobi sedemikian . Entahlah di mana silapnya . Semua alpa dibuai arus kemodenan . Dah macam berceramah pulak ni -,-


Tak tipu . Aku memang dah lama tak pakai sistem bersetem ni . Zaman dah maju kan . Macam macam ada . Semuanya di hujung jari . Facebook , Myspace , Friendster , Gmail , Yahoo mail , pheewww banyak lagi . Kalau nak sebut satu satu memang penat . Aku rasa ada beberapa sebab sistem bersetem ini amat menyusahkan golongan golongan seperti aku sendiri :P


     *  Jarang berurusan dengan pejabat pos , lantas kita kekurangan maklumat tentang setem khas keluaran terbaru , ahaks . macam macam alasan .


     *  Tidak lagi berutus-utus surat yang memerlukan penggunaan setem , baik pakai SMS , BBM , Facebook , lagi mudah dihujung jari , (Zaman dulu tulis surat tabur bedak wangi lepas tu tampal setem hantar kat awek ) :)


      *  Muncul hobi yang lebih canggih dan ekstrem . Apadahal kumpul setem , tak remajalah . Jom futsal , jom main PS2 .


     *  Tak boleh mendatangkan pulangan dalam bentuk wang . Pheww , kumpul setem bukan boleh kaya cepat , baik kumpul surat khabar ke , tin kosong ke .

Aha , nampak tak ? Pergghh , nak suruh pejabat pos beli setem 30sen ? Memang tak lah korang nak pergi kan .



#Kepada yang masih menggunakan sistem bersetem dan hobi mengumpul setem ini , teruskanlah . Mana lah tau satu hari nanti . . . . .






.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



















Setem tu boleh tukar jadi duit , kan dah kaya , opssss , sorry  :)



Wednesday, November 30, 2011

Mona Lyssa.

assalamualaikum.

TOP 15 DONE , TOP 10 DONE , TOP 5 DONE . memang penat kalau asyik kena vote je , siapa yang tak penat bohonglah . tapi kalau tak vote , siapa lagi nak sokong produk tempatan kalau bukan kita , sampai bila produk kita nak kebelakang ke , tak salah nak sokong produk luar , tapi sekurang kurangnya hargailah mereka .

Mona lyssa


*ball-haiqal-moja

mereka kawan aku . siapa yang tak sayang kawan kan ? okay sekarang Monalyssa tengah berusaha mengumpul undian tertinggi untuk layak berada di atas pentas Rock The World Adrenaline 2011 . sebagai sahabat mereka aku rasa bertanggungjawab untuk menolong mereka . ahaks . gedik .

dah apa lagi , cepat lah vote untuk Monalyssa !

vote untuk Monalyssa di sini ! terima kasih . sayang korang !



#wow , bersepah entri kali ini , tapi apa apa pun , tolong mereka erk , terima kasih :)