Monday, December 12, 2011

Cheritera Hidup

Setiap hari kita bermula sebagai makhluk yang bersih dan suci serta tinggi tarafnya dari makhluk-makhluk lain Tuhan . Walau ada yang dilahirkan dari golongan yang sesat , SETIAP PENGALAMAN AKAN MEMBENTUK PERIBADI KITA . Persekitaran akan membentuk pemikiran kita . Sama ada menjadi baik atau sebaliknya .


" macam macam jenis manusia kat dunia ni , susah nak faham " .


Tiada siapa yang akan faham
itulah KEHIDUPAN
tiada yang akan sempurna#

Semakin hari semakin bersepah persoalan yang ada kat minda semua orang . 


" Kenapa ada orang suka merampas hak orang lain ? "
" Kenapa ada orang sanggup membunuh , menyiksa dan menghina ? "
" Kenapa ada orang sanggup menggadai maruah diri ? "

NO MONEY , NO LOVE

" Kenapa ada orang yang sanggup meng'TONG SAMPAH'kan zuriat sendiri ? "


Kalau nak cerita semua kisah manusia jahat , memang tak cukup satu buku . Aku pun bukan baik sangat nak cerita keburukan orang . Tapi persoalannya . apakah yang menyebabkan mereka menjadi begitu ?


" macam macam cerita dalam paper,
nak baca pun tak sanggup "




Adakah kerana kurangnya pendidikan sewaktu kecil ? "

" nak sekolah tapi ayah takde duit "

"Atau kurangnya perhatian daripada ibubapa yang sentiasa sibuk ?"

" dengar cerita mummy dan deddy you pergi oversea erk ? "
" ajak lah kitorang teman you tidur kat rumah "

" Adakah kerana pengaruh negatif yang begitu mudah di era teknologi makluamat ? "

" Atau desakan hidup kerana faktor kemiskinan ? "

"Adakah kerana terperangkap dengan kehidupan yang tiada simpati ?"

" Atau memang dah jadi pengikut SYAITAN dari dulu lagi ? "

Kadang kadang ada manusia yang melakukan sesuatu dengan niat yang baik dan ikhlas , tetapi oleh kerana tersilap langkah , terpedaya dengan bisikan SYAITAN , akhirnya terjerumus .

JAUHI KORUPSI , OPPPSSS 

Memang kadang-kadang akal menjadi lemah apabila nafsu mula berkuasa .



MAMA : selalulah berdoa , minta sentiasa dilindungi oleh-Nya .







3 comments:

  1. sesungguhnya iblis telah bersumpah untuk menggoda dan menyesatkan kita hingga kiamat. sama-samalah kita beringat.

    terima kasih kerana sudi follow blog saya.

    ReplyDelete